Rusia, AS, Arab Saudi, Turki adakan perbincangan

Rusia, AS, Arab Saudi, Turki adakan perbincangan

VIENNA, 23 Okt (AFP) – Para diplomat tertinggi dari Rusia, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Turki akan mengadakan perbincangan mengenai perang di Syria hari ini, selepas Moscow melibatkan diri dengan kempen pengebomannya dalam menyokong Presiden Bashar al-Assad.

Kesemua utusan dari Washington, Riyadh dan Ankara yang menyokong kumpulan pejuang menentang Assad menantikan pengumuman daripada Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov di Vienna selepas orang kuat Syria parti itu membuat lawatan mengejut ke Moscow untuk bertemu dengan Presiden Vladimir Putin minggu ini .

Pada 30 September lalu, Rusia telah melancarkan serangan udara di Syria yang membolehkan angkatan pertempuran Assad untuk membuat serangan dan menaungi gabungan pengeboman yang diketuai AS menentang kumpulan Negara Islam (IS).

Amerika Syarikat dan sekutu serantaunya yang mengecam serangan Rusia, menegaskan Moscow tidak memberi perhatian terhadap serangan yang menyasarkan kumpulan Negara Islam seperti yang didakwa, tetapi kepada kumpulan-kumpulan lain yang menentang rejim di Damsyik, dan campur tangan Kremlin hanya akan memanjangkan pertempuran.

Menteri Luar Turki, Feridun Sinirlioglu, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bergambar semasa tiba bagi mesyuarat untuk membincangkan konflik Syria hari ini di Vienna.
Menteri Luar Turki, Feridun Sinirlioglu, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bergambar semasa tiba bagi mesyuarat untuk membincangkan konflik Syria hari ini di Vienna.

Menjelang rundingan di ibu negara Austria, nasib Assad kekal sebagai penghalang utama, selepas bertahun-tahun gagal untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria, dengan harapan tipis daripada mencapai apa-apa kejayaan besar.

Washington dan sekutu serantaunya telah lama menegaskan Assad bagi memberikan sebarang peluang untuk penyelesaian politik untuk pertempuran yang telah mengorbankan lebih daripada 250,000 nyawa, tetapi Moscow berkata Assad perlu diberi bantuan memerangi tentera IS dahulu dan ‘pengganas’ lainnya sebelum rundingan untuk mencapai pembaharuan.