Rusia, AS kerjasama perangi IS

Rusia, AS kerjasama perangi IS

NEW YORK, Amerika Syarikat, 29 Sept (AFP) – Rusia dan Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk mencari haluan bersama dalam memerangi kumpulan Islamic State (IS), menurut Moscow hari ini, dalam langkah besar bagi Vladimir Putin ketika beliau cuba melepaskan diri daripada pemulauan Barat.

Menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Agung PBB buat pertama kali dalam satu dekad, Putin kelmarin menyeru bagi pasukan gabungan yang disokong PBB untuk memerangi kumpulan jihad IS.

Dipulaukan oleh Barat berhubung pemilikan Moscow ke atas Crimea dan menyokong bagi pemberontakan pemisah di timur Ukraine, Putin juga mengadakan pertemuan 90 minit bersama Presiden AS, Barack Obama, rundingan bilateral formal pertama mereka dalam masa dua tahun.

Seperti dijangkakan, dua pemimpin gagal untuk menyelesaikan pertikaian mereka berhubung peranan masa hadapan Bashar al-Assad, Syria, dengan pemimpin AS mengecapnya penzalim pembunuh kanak-kanak dan ketua Kremlin mengatakan dunia seharusnya menyokongnya dalam memerangi IS.

Presiden AS, Barack Obama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon (tengah) dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berbual semasa majlis jamuan tengah hari di Perhimpunan Agung PBB, New York pada 28 September. – AFP
Presiden AS, Barack Obama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon (tengah) dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berbual semasa majlis jamuan tengah hari di Perhimpunan Agung PBB, New York pada 28 September. – AFP

Putin bagaimanapun mengatakan kedua-dua negara itu telah bersetuju untuk bekerjasama memerangi fundamentalis IS dalam apa yang banyak pengomen katakan mencerminkan kegagalan usaha Barat untuk memulaukan Moscow berhubung dasar Ukraine.

Presiden Rusia juga mengatakan dia tidak mengarahkan serangan udara ke atas kumpulan jihad.

“Kami saling memahami bahawa ia adalah perlu untuk meningkatkan kerja kami sekurang-kurang pada peringkat bilateral,” ujar Putin kepada para wartawan.

“Kami kini memikirkan tentang mewujudkan mekanisme relevan.”

ARTIKEL YANG SAMA