Rusia bantah penahanan penyokongnya

Rusia bantah penahanan penyokongnya

PARIS, 16 Jun (AFP) – Semalam Rusia memanggil duta Perancis untuk membantah berhubung penahanan penyokong-penyokong Rusia pada perlawanan bola sepak Euro 2016 yang telah dicemari oleh kekacauan samseng-samseng.

Di tengah tindakan meningkat ke atas keganasan pada perlawanan-perlawanan bola sepak, pihak berkuasa Perancis pada lewat semalam telah mengumumkan bahawa enam orang lagi warga Rusia telah ditahan, manakala tiga orang lagi warga Rusia dan seorang warga Ukrain telah dihantar pulang.

Penahanan para penyokong negaranya di atas sebuah bas di selatan Perancis diselar oleh Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov sebagai ‘tidak dapat diterima sama sekali.”

“Kementerian luar Rusia telah memanggil duta Perancis Jean-Maurice Ripert,” menurut kementerian itu, dengan memberi amaran bahawa ‘memarakkan lagi senti anti Rusia nyata sekali boleh memburukkan lagi suasana hubungan Rusia dan Perancis.”

Gambar yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukkan penyokong Rusia menyerang seorang peminat England selepas berakhir perlawanan bola sepak Kumpulan B antara England dan Rusia, di Stadium Velodrome di Marseille, Perancis. – AP
Gambar yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukkan penyokong Rusia menyerang seorang peminat England selepas berakhir perlawanan bola sepak Kumpulan B antara England dan Rusia, di Stadium Velodrome di Marseille, Perancis. – AP

Ia menuduh Perancis melancarkan ‘langkah berdiskriminasi dan secara sembarangan ke atas warganegara-warganegara Rusia.”

Tetapi Perancis membidas balik dengan Menteri Luar Jean-Marc Ayrault berikrar bahawa para peminat bola sepak yang ditahan akan dilayan secara adil.

“Sama ada mereka adalah warga Rusia, Britain, mereka akan dilayan dengan cara yang sama oleh pihak keadilan Perancis. Kebanyakan mereka berkelakuan dengan aman, dengan bermaruah, dengan rasa sayang kepada sukan,” katanya ketika kunjungan ke Jerman.

ARTIKEL YANG SAMA