Rusia beri amaran atas kelantangan Assad

Rusia beri amaran atas kelantangan Assad

MOSCOW, 19 Feb (AFP) – Rusia menghantar utusan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran sekutunya Presiden Bashar al-Assad atas ikrarnya untuk mengambil semula Syria secara keseluruhan, mengatakan beliau akan berdepan akibat yang dahsyat jika dia tidak mematuhi Moscow atas proses keamanan.

“Rusia telah melabur begitu serius dalam krisis ini, secara politik, secara diplomatik dan kini juga secara ketenteraan,” Vitaly Churkin memberitahu Kommersant daily, merujuk kepada perjanjian antarabangsa untuk gencatan senjata yang dipersetujui di Munich minggu lepas.

“Oleh itu kami juga mahu Assad untuk memberikan respons mengenai ini,” katanya, menambah bahawa pendirian pemimpin Syria “tidak bersesuaian dengan usaha-usaha diplomatik yang telah dilakukan oleh Rusia.”

Selepas mesyuarat di Munich, 17 kumpulan negara menyokong usaha damai Syria dan bersetuju untuk mengusahakan satu gencatan senjata, menamatkan kebuluran kawasan pengepungan dan pemulihan semula rundingan-rundingan.

Dalam satu temu bual dengan AFP minggu lepas, Assad jelas berjanji untuk mengambil semula seluruh negara, bercakap sebelum pelan bagi “gencatan senjata” seluruh negara di Syria diumumkan.

Ditanya untuk mengulas kepada para pemberita terhadap kritikan luar biasa lantang Assad, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov hari ini berkata Presiden Vladimir Putin menyokong proses damai Syria namun menekankan bahawa gencatan senjata belum lagi dilaksanakan.

“Semua orang termasuk Presiden Putin mengakui bahawa tiada alternatif selain penyelesaian politik.

Namun begitu, gencatan senjata itu “kini sedang diusahakan, dibincangkan. Tunggu, jangan terlalu gegas,” ujar Peskov.

Dalam temu bual itu, Churkin, yang telah berkhidmat sebagai duta Rusia ke PBB sejak 2006, menegaskan bahawa jika Syria “mengikuti kepimpinan Rusia dalam menangani krisis ini, barulah mereka mempunyai peluang untuk keluar darinya dengan cara bermaruah.”

“Jika mereka lari dari laluan ini dan ini pendapat persendirian saya, situasi yang sukar berkemungkinan timbul. Termasuk diri mereka,” dia memberi amaran.

“Jika mereka meneruskan atas dasar tiada gencatan senjata diperlukan dan mereka perlu berperang hingga menang, konflik ini akan berlangsung lagi dalam masa yang panjang dan itu begitu menakutkan untuk dibayangkan.”

Syria “sudah di ambang berpecah-belah,” tambahnya.