Rusia bom 10 sasaran IS di Syria

Rusia bom 10 sasaran IS di Syria

Moscow, 4 Okt (AFP) – Tentera Rusia hari ini mengatakan ia sudah mengebom 10 sasaran Negara Islam (IS) di Syria dalam masa 24 lalu dalam satu peningkatan ke atas kempennya memerangi kumpulan itu.

“Dari pangkalan udara Hmeimim, kumpulan tentera udara Rusia terus meningkatkan serangan menggunakan misil berketepatan tinggi terhadap kemudahan ISIS di Syria,” menurut kenyataan kementerian pertahanan.

“Dalam masa 24 jam lalu, SU-34, SU-24M dan SU-25 jet melancarkan 20 serangan,” menurut kenyataan itu, mengeluarkan senarai sasaran terbaru.

“Sepuluh buah infrastruktur sasaran kumpulan ISIS telah diserang,” katanya, menggunakan nama lain IS, yang juga dikenali sebagai ISIL atau Daesh.

Sanak saudara dan anggota pertahanan awam meratapi mayat komrad mereka yang menurut mereka maut dalam serangan dilancarkan oleh angkatan udara Rusia ke atas bandar Ehsim di selatan bandar Idlib, Syria. – Reuters
Sanak saudara dan anggota pertahanan awam meratapi mayat komrad mereka yang menurut mereka maut dalam serangan dilancarkan oleh angkatan udara Rusia ke atas bandar Ehsim di selatan bandar Idlib, Syria. – Reuters

Jet SU-25 menyerang sebuah kem di wilayah Idlib dan ‘memusnahkan tempat persembunyian pengganas’ dan sebuah bengkel membuat bahan letupan termasuk ‘tali pinggang bunuh diri,’ tambah kementerian itu.

Manakala pengebom SU-24 dan SU-34 juga membedil kemudahan IS di kawasan Jisr al-Shughur di wilayah Idlib.

Menurut kementerian pertahanan, kappa perang sekali membedil menggunakan peluru yang tembus konkrit ke atas sasaran IS. “Empat pos kawalan kumpulan bersenjata ISIS musnah diserang bomb BETAB-500 yang mampu melepasi konkrit,” kata kementerian itu.

ARTIKEL YANG SAMA