Rusia, Cuba meterai perjanjian tenaga Nuklear

Rusia, Cuba meterai perjanjian tenaga Nuklear

VIENNA, 29 Sept – Rusia dan Cuba telah memeterai perjanjian antara kerajaan berkaitan kerjasama dalam bidang tenaga atom bagi tujuan keamanan.

Perjanjian itu dimeterai di luar sesi ke-60 Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna pada Selasa lalu, lapor agensi berita Rusia TASS.

Dokumen yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Tenaga Atom Negara Rusia (Rosatom) Nikolai Spassky dan Timbalan Menteri Sains Cuba Jose Fidel Santana meletakkan asas undang-undang bagi kerjasama dua hala dalam bidang tenaga atom bagi tujuan keamanan. – Bernama