Rusia didakwa guna bom berangkai

Rusia didakwa guna bom berangkai

BEIRUT, 11 Okt – Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW)kelmarin menuduh Rusia adalah dalang penggunaan bom berangkai baru di Syria, dengan menjatuhkan bom-bom itu dari pesawat pejuang atau membekalkan mereka kepada rejim Damsyik.

Kumpulan yang berpangkalan di New York itu berkata bahawa gambar-gambar diperolehi menunjukkan bom berangkai digugurkan di Kafr Halab, sebuah kampung di barat daya bandar kedua Syria Aleppo, pada 4 Oktober lalu.

Rusia telah melancarkan kempen pengeboman udara terhadap penentang Presiden Bashar al-Assad pada 30 September. Bom berangkai mengandungi berpuluh-puluh atau beratus-ratus bom dengan pelepasan tembakan roket atau dijatuhkan dari ruang udara .

Penggunaannya di Kafr Halab bertepatan dengan kemunculan bukti bahawa mereka telah menggunakannya di wilayah Aleppo, Hama dan Idlib sejak Rusia mula campur tangan.

HRW berkata ia “tidak dapat disimpulkan antara tentera Rusia atau Syria yang bertanggungjawab atas serangan” pada 4 Oktober itu. – AFP