Rusia hantar senjata canggih ke Syria

Rusia hantar senjata canggih ke Syria

MOSCOW, 10 Sept – Rusia telah membekalkan tentera Syria dengan perkakasan termasuk senjata kecil, pelancar bom, pengangkut peribadi berperisai BTR-82A canggih dan trak tentera Kamaz, menurut laporan akhbar Kommersant Rusia hari ini.

Rusia mengatakan kehadiran tenteranya ke Damsyik adalah bertujuan untuk membantu memerangi pengganasan di Syria, namun Barat mensyaki Moscow sedang membina kehadiran tenteranya di Syria untuk membantu menguatkan sekutu lamanya, Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pengeksport tentera milik kerajaan Russia, Rosoboronexport tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Kommersant mengatakan laporannya adalah berdasarkan daripada sumber tidak bernama dalam sektor eksport.

Ia juga memetik sumber itu sebagai berkata bahawa Syria sebelumnya membayar Moscow terlebih dahulu bagi pembeli sistem pertahanan udara canggih S-300 Russia.

Ia mengatakan Moscow kemudian memutuskan untuk tidak menghantar sistem peluru berpandu buat masa kini dan sebaliknya telah menghantar senjata lain. – Reuters