Rusia haramkan guna khidmat pemain Turki

Rusia haramkan guna khidmat pemain Turki

MOSCOW, 30 Nov (Agensi) – Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah mengharamkan kelab bola sepak negara itu daripada menggunakan khidmat pemain Turki bermula 2016.

Tindakan tidak bijak itu dibuat berikutan dendam Rusia terhadap Turki yang menembak jatuh pesawat pejuang negara berkenaan ketika menceroboh ruang udaranya.

Salah seorang pemain profesional warga Turki yang bermain untuk kelab Rubin Kazan Rusia ialah Gokdeniz Karadeniz yang bermain di bahagian sayap atau midfield.

Gokdeniz Karadeniz ketika beraksi untuk kelab Rubin Kazan. – Agensi
Gokdeniz Karadeniz ketika beraksi untuk kelab Rubin Kazan. – Agensi

Selain itu, Rusia turut membatalkan program skuad bola sepak negara itu yang akan menjalani latihan musim sejuk di Turki pada bulan depan.

Seorang ahli politik Rusia, Igor Lebedev mengumumkan Jawatankuasa Eksekutif bola sepak negara itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan latihan di Turki pada musim sejuk akibat masalah politik antara kedua-dua negara.

Selain itu, kumpulan kelab bola sepak Rusia turut memutuskan kerjasama dengan kelab dari Turki yang terjalin sebelum ini.

ARTIKEL YANG SAMA