Rusia jalani latihan pertahanan udara

Rusia jalani latihan pertahanan udara

VLADIVOSTOK, Rusia, 10 Jan – Angkatan tentera Rusia dan unit-unit tentera udaranya di Daerah Tentera Timur menjalankan latihan ketenteraan bersama, menurut perkhidmatan akhbar di daerah itu hari ini.

“Para anggota perkhidmatan bahagian pertahanan udara di daerah itu, anti-pesawat skuadron peluru berpandu dan unit udara Daerah Tentera Timur bertugas di rantau Transbaikal ini menjalankan latihan bersama dan latihan kakitangan mengenai pertahanan udara dan pengurusan tentera udara,” kata kenyataan itu, tanpa menyebut waktu latihan.

Latihan simulasi pertahanan itu adalah bagi latihan pencerobohan udara. Para tentera juga menjalankan tugas-tugas khas mengenai pemintasan dan penglibatan sasaran udara dan penindasan sistem pertahanan udara musuh. Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di rantau Khabarovsk timur, Daerah Tentera Timur meliputi bekas Daerah Tentera Timur dan sebahagian daripada bekas Daerah Tentera Siberia. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA