Rusia kembali ke G7

Rusia kembali ke G7

BERLIN, 21 Mei – Canselor Jerman, Angela Merkel mengatakan hari ini, kepulangan Rusia ke negara-negara demokrasi perindustrian Group of Seven (G7) adalah ‘tidak dapat dibayangkan’ selagi ia melanggar undang-undang antarabangsa di Ukraine.

Namun dia juga berusaha mengurangkan kebimbangan Moscow tentang pengaruh Eropah dalam negara satelit era Sovietnya, mengatakan projek Kerjasama Timur yang mereka gelar adalah ‘bukan satu alat’ mengenai dasar pembesaran EU.

Merkel – yang menghoskan sidang kemuncak G7 bulan lalu – pada lewat hari ini akan menuju ke satu mesyuarat di bandar Riga, Lativa antara pemimpin EU dan Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Moldova dan Ukraine.

Pemimpin Jerman mengatakan mesyuarat itu akan diadakan ‘di bawah keadaan berlainan sepenuhnya’ dengan sidang terakhir seperti itu di Vilnius lewat 2013.

“Sementara itu, kami telah menyaksikan pendudukan Rusia ke atas Crimea, yang mencabul undang-undang antarabangsa,” kata Merkel memberitahu parlimen Jerman.

“Kami telah menyaksikan ketidakstabilan berleluasa ke atas timur Ukraine. Kami telah menyaksikan bagaimana arahan perdamaian Eropah menjadi persoalan.”

Atas sebab itu, Rusia akan kekal tidak dimasukkan dalam G7, kata Merkel, menggesa kumpulan itu ‘nilai-nilai komuniti’ yang bekerjasama ‘untuk mencapai kebebasan, demokrasi dan peraturan undang-undang’.

“Selagi Rusia tidak komited, dan bertindak sejajar dengan nilai-nilai fundamental undang-undang antarabangsa, kembali ke format G8 adalah suatu yang tidak dapat dibayangkan oleh kami,” katanya menjelang sidang kemuncak pada 7-8 Jun di negeri Bavaria.

“Kerana jika kita sebagai G7 yang yakin mempertahankan nilai-nilai sama kita, adakah kita boleh dipercayai mendukung tanggungjawab ke peringkat antarabangsa,” katanya tentang kumpulan Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA