Rusia lancar kapal kargo ke ISS

Rusia lancar kapal kargo ke ISS

MOSCOW, 17 Julai – Sebuah roket Rusia membawa kapal kargo yang tidak dikendali manusia belepas dari Stesen Ruang Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) awal hari ini dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan, menurut agensi ruang angkasa Rusia.

Roket Soyuz membawa kapal Progress MS-03 yang dilancarkan pada jadualnya 00:41 waktu Moscow (21:41 GMT Sabtu) dan memulakan perjalanan dua hari ke ISS, kata agensi ruang angkasa Roscosmos dalam laman webnya.

Kapal itu membawa lebih 2.4 tan minyak, udara, oksigen, makanan dan peralatan bagi kru di makmal ruang angkasa lepas antarabangsa.

Ia dijangka akan berlabuh pada waktu Moscow 03:22 (00:22 GMT) pada Selasa.

Kapal kargo Progress yang dilancarkan pada April mengalami kegagalan. Sejak itu hanya dua saja kapal yang berjaya berlabuh seumpamanya.

ISS pada masa ini dikendalikan oleh Kathleen Rubins dari NASA, Takuya Onishi dari agensi kapal angkasa lepas Jepun, Jeff Williams dari NASA dan kosmonaut Rusia, Oleh Skripochka, Alexey Ovchinin dan Anatoly Ivanishin. – AFP