Rusia mendakwa militan guna bahan kimia di Syria

Rusia mendakwa militan guna bahan kimia di Syria

MOSCOW, Rusia, 21 Nov – Pakar Rusia telah mengesahkan penggunaan bahan kimia oleh militan di Aleppo, Syria, menurut seorang pegawai Kementerian Pertahanan Rusia.

Pakar Rusia menjalankan pemeriksaan ke atas serpihan bom di bandar utara Syria dan mengesahkan penggunaan senjata toksik oleh militan di sana, kata pegawai Kementerian Igor Konashenkov, hari ini. Lebih banyak bukti sedang dikumpulkan, kata Konashenkov.

Beliau berkata Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia belum lagi menghantar pakar ke Aleppo.

Pesawat perang Rusia memulakan serangan udara pada bulan September 2015 di Syria bagi menyokong kerajaan Syria. Pada bulan Mac 2016, Presiden Rusia Vladimir Putin diarahkan untuk menarik balik sebahagian besar daripada tentera-tenteranya – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA