Rusia mula mengundi, Putin masih unggul

Rusia mula mengundi, Putin masih unggul

MOSCOW, 18 Sept – Rakyat Rusia hari ini mengundi dalam pilihan raya parlimen, dengan parti-parti yang setia kepada Presiden Vladimir Putin dijangka mengekalkan penguasaan, menunjukkan Kremlin masih berkuasa meskipun bantahan besar terhadapnya.

Pengundian seluruh negara menyusul kekacauan beberapa tahun yang telah menyaksikan negara itu merampas Crimea dari Ukraine, hingga berdepan pertikaian paling teruk dengan pihak Barat sejak Perang Dingin, menjunam ke dalam krisis ekonomi mereka dan melancarkan kempen ketenteraan di Syria.

Tetapi kadar undian Putin masih tinggi pada kira-kira 80 peratus dan dengan Kremlin mengawal ketat media dan perbincangan awam, pihak berkuasa nampaknya begitu mengharapkan undian tanpa masalah yang memberi laluan beliau untuk menduduki penggal keempat sebagai presiden pengundian tahun 2018.

Di sebalik peristiwa dramatik yang telah menggegarkan negara itu, kempen bagi State Duma – yang secara meluas dlihat sebagai badan yang meluluskan dan mematuhi Kremlin – digelar yang paling membosankan dalam tempoh peringatan baru-baru ini oleh para pemerhati, manakala pengundi peringkat tertinggi acuh tidak acuh mengatakan kehadiran bilangan pengundi akan rendah.

Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat pengundian di Petropavlovsk-Kamchatsky, ibu kota wilayah Semenanjung Kamchatka, Rusia, kelmarin. - AP
Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat pengundian di Petropavlovsk-Kamchatsky, ibu kota wilayah Semenanjung Kamchatka, Rusia, kelmarin. – AP

Pusat mengundi bagi pengundian yang juga melantik pemimpin serantau di beberapa kawasan – dibuka pada jam 8 pagi di seluruh 11 zon negara itu dan akan ditutup di enklaf Europah, Rusia, Kaliningrad pada pukul 6 petang hari ini.

Buat pertama kali para penduduk semenanjung Laut Hitam, yang dirampas Rusia, iaitu Crimea adalah antara kira-kira 110 juta pengundi yang layak untuk mengundi bagi 450 kerusi Duma, dalam pengundian yang diselar sebagai tidak sah oleh Ukraine.

Rusia Bersatu dilihat bakal meraih undi terbesar mengatasi yang lain yang setia kepada Kremlin seperti Komunis dan Parti Ultra Demokratik Liberal nasionalis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA