Rusia pandang serius Turki ‘tikam belakang’

Rusia pandang serius Turki ‘tikam belakang’

ANKARA, 25 Nov (AFP) – Turki menembak jatuh pesawat pejuang Rusia di sempadan Syria semalam, yang terus menerus mencetuskan ketegangan ketika Presiden Rusia Vladimir Putin memberi amaran kepada Ankara bahawa tindakannya ‘menikam belakang’ akan memberi kesan serius.

Ketua NATO Jens Stoltenberg berkata gabungan ketenteraan menyokong negara anggota, Turki selepas kejadian itu, tetapi mengulangi rayuan bagi ketenangan dari pemimpin-pemimpin dunia lain ketika kebimbangan timbul dari pertempuran antara kapal terbang pasukan bersekutu dan Rusia di ruang udara Syria.

“Kami menyokong Turki dalam perpaduan dan menyokong integriti wilayah sekutu NATO kami, iaitu Turki,” Stoltenberg berkata selepas mesyuarat tergempar kesemua 28 anggota atas permintaan Ankara.

“Diplomasi dan meredakan adalah penting untuk menyelesaikan situasi ini,” tambahnya.

Tentera Turki berkata jet pejuang itu ditembak jatuh oleh dua jet F-16 Turki selepas ia mencabuli ruang udara Turki 10 kali dalam tempoh lima minit.

Stoltenberg bercakap selepas mesyuarat Majlis Atlantik Utara di ibu pejabat Pakatan di Brussels. – Reuters
Stoltenberg bercakap selepas mesyuarat Majlis Atlantik Utara di ibu pejabat Pakatan di Brussels. – Reuters

Duta Turki ke PBB Halit Cevik berkata dalam sepucuk surat kepada Majlis Keselamatan dua pesawat udara Rusia telah terbang lebih sebatu sedikit memasuki ruang udara Turki bagi tempoh 17 saat.

Tetapi Moscow dengan keras mengkritik Turki kerana menjatuhkan pesawat udara Su-24 yang tegasnya berada di ruang udara Syria dan mendakwa salah seorang dari dua juruterbangnya yang melentingkan diri dari pesawat terbunuh akibat tembakan senjata dari daratan ketika dia turun.

Putin menyelar penembakan jatuh pesawat udara itu ‘menikam di belakang yang dilakukan oleh rakan sejenayah pengganas’ dengan memberi amaran ‘kejadian tragis itu akan membawa kesan serius kepada hubungan Turki dan Rusia.’

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov telah membatalkan lawatan yang dirancang ke Turki hari ini, dan memberi amaran yang menegah rakyat Rusia dari membuat perjalanan ke Turki.

ARTIKEL YANG SAMA