Rusia, Qatar sepatutnya layak hoskan Piala Dunia – Beckham

Rusia, Qatar sepatutnya layak hoskan Piala Dunia – Beckham

LONDON, 8 Dis – Rusia dan Qatar seharusnya masih boleh menghoskan Piala Dunia 2018 dan 2022, menurut David Beckham, biarpun FIFA dicemari dengan skandal rasuah yang dicapnya sebagai “menjijikkan”.

FIFA berada dalam krisis sejak Mei apabila 14 eksekutif dilibatkan sebagai sebahagian dari penyiasatan FBI terhadap rasuah dan minggu lalu 16 lagi pegawai didakwa oleh pihak berkuasa AS.

Presiden FIFA, Sepp Blatter dan Presiden UEFA, Michel Platini masing-masing menerima hukuman penggantungan 90 hari sementara penyiasatan jenayah Switzerland terhadap bidaan bagi Piala Dunia 2018 dan 2022 di Rusia dan Qatar dilancarkan awal tahun ini.

Beckham, yang juga sebahagian daripada delegasi FA bertujuan untuk memenangi bidaan 2018 bagi England, ditanya sama ada penahanan dan prospek presiden baru pada 2016 bermakna FIFA sudah pulih.

“Tidak- ia masih terjejas,” Beckham memberitahu Radio Times.

“Masih banyak yang perlu dilakukan. Ia begitu teruk, ia memerlukan masa untuk memulihkannya.

“Bagi saya untuk melihat perlawanan, cara ia ditangani dan dijaga, memang satu bencana. Ia menjijikkan.”

Terdapat permintaan berulang kali bagi pemilihan 2018 dan 2022 dilakukan semula, dengan 16 dari 24 ahli jawatankuasa yang berkhidmat pada ketika bidaan sama ada sudah dihukum bagi salah laku atau pada masa ini berada di bawah penyiasatan.

Qatar yang menjadi tuan rumah pada 2022 berada di bawah pengawasan, dengan menyatakan perlawanan akan diadakan pada musim sejuk memandangkan risiko tinggi terhadap pemain dan peminat daripada suhu yang boleh mencecah 50 darjah Celsius pada musim panas.

Ia dicadangkan perlawanan itu sebaliknya bermula pada November dan biarpun kesukaran, Beckham menegaskan “Mereka akan memastikan ia berjalan”.

“Sama ada korup atau tidak, negara-negara terbabit telah dipilih,’ kata Beckham. “Orang ramai perlu berada di belakang kedudukan itu. Ia adalah mengenai membawa bola sepak ke negara-negara baru. Saya rasa mereka seharusnya kekal dengan kedudukan tersebut.” – AFP