Rusia sahkan embargo makanan ke atas Ukraine

Rusia sahkan embargo makanan ke atas Ukraine

MOSCOW, 21 Dis (AFP) – Rusia akan memperkenalkan sekatan makanan ke atas Ukraine bulan depan berhubung perjanjian perdagangan Kiev bersama Kesatuan Eropah(EU), kata Perdana Menteri Dmitry Medvedev hari ini, melanjutkan tindakan punitif yang sudah dikenakan ke atas negara-negara Barat.

“Langkah ini akan dilanjutkan kepada Ukraine juga,” kata Medvedev semasa mesyuarat kerajaan. “Saya baru saja menandatangani dekri yang berkaitan.”

Satu perjanjian perdagangan bebas antara Ukraine dan EU ditetapkan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari sebagai sebahagian daripada persetujuan meluas yang membantu mencetuskan krisis pada masa ini antara Kiev dan Barat di pihak lain dan Moscow di pihak lain.

Rusia berulang kali menyatakan rasa bimbang tentang persetujuan perdagangan bebas Ukraine dengan Brussels mungkin membanjiri pasarannya dengan barangan Eropah, dan rundingan tiga cara beberapa bulan bersama EU untuk melancarkan peralihan tidak membuahkan hasil.

Presiden Vladimir Putin minggu lepas mengarahkan penangguhan persetujuan perdagangan bebas 2011 Rusia bersama Ukraine.

Langkah itu akan meningkatkan tarif kastam bagi pengeksport Ukraine ke Rusia sebanyak tujuh peratus.

ARTIKEL YANG SAMA