Rusia sasar 86 lokasi IS di Iraq, Syria

Rusia sasar 86 lokasi IS di Iraq, Syria

MOSCOW, 14 Okt – Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan baru-baru ini bahawa tentera udara Rusia menyerang 86 sasaran kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Raqqa, Hama, Idleb, Lattakia dan Aleppo dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jurucakap bagi Kementerian Igor Konashenkov berkata pesawat pejuang Su-34, Su-24M dan Su-25SM melancarkan 88 serangan terhadap 86 sasaran infrastruktur pengganas.

Beliau menambah serangan itu memusnahkan markas pemerintah, peluru dan depot persenjataan, kenderaan, dan alat-alat untuk membuat bahan letupan, kem dan pangkalan pengganas.

Konashenkov berkata pesawat pejuang Su-30 menyertai pesawat lain yang mengambil bahagian dalam serangan yang menyasarkan lokasi organisasi pengganas di Syria. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA