Rusia sedia bincang gencatan senjata di Syria

Rusia sedia bincang gencatan senjata di Syria

MOSCOW, 11 Feb – Rusia sudah bersedia bagi membincangkan kemungkinan gencatan senjata di Syria, kata timbalan menteri luar Gennady Gatilov selaku wakil menteri luar dalam perhimpunan di Munich dalam bidaan untuk memulakan semula rundingan-rundingan damai.

“Kami sudah sedia untuk membincangkan kaedah bagi gencatan senjata,” Gatilov memberitahu para pemberita di Moscow, dipetik oleh agensi berita negara TASS sebagai berkata. “Itulah yang akan kami bincangkan di Munich.”

Rundingan-rundingan antarabangsa untuk mengakhiri perang saudara lima tahun itu setakat ini telah mengorbankan lebih daripada 260,000 orang dalam kiraan awal bulan ini di tengah-tengah tuduhan dari Barat dan lawan-lawan rejim Syria bahawa serangan udara Rusia di Aleppo menyasarkan kumpulan-kumpulan pembangkang dan orang awam.

Rundingan itu seketika ditangguhkan sehingga 25 Februari, namun Gatilov berkata hari ini bahawa mereka “berkemungkinan bermula lebih awal.”

Setiausaha Negara AS John Kerry memberi amaran awal minggu ini bahawa pengeboman Rusia terhadap sasaran-sasaran pembangkang boleh menjejaskan usaha-usaha diplomatik untuk menghentikan kekejaman perang saudara Syria.

Imej yang memaparkan serangan udara yang dilakukan oleh Rusia ke kawasan Syria. – Reuters
Imej yang memaparkan serangan udara yang dilakukan oleh Rusia ke kawasan Syria. – Reuters

Kerry dijangka akan bertemu dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Munich untuk menghoskan rundingan-rundingan dengan kumpulan kenalan 17 negara yang direka untuk mengembalikan rundingan tersebut.

Akan tetapi kekecewaan AS dengan pengeboman Rusia dalam menyokong rejim Presiden Syria Bashar al-Assad sedang meningkat, apabila kebimbangan menggunung di mana pembangkang akan menolak untuk menyertai rundingan-rundingan damai yang dipimpin PBB sementara bandar-bandar mereka kekal dibedil.

Rusia melancarkan kempen pengeboman ke negara dilanda peperangan itu tahun lepas atas permintaan Assad, mengatakan serangan-serangan itu disasarkan terhadap kumpulan IS dan kumpulan jihad-jihad yang lain.

Namun pihak Barat telah menuduh Moscow menyasarkan serangan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil yang menentang rejim Assad.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata hari ini, tentera udaranya telah mengenakan 1,596 sasaran pengganas dalam lapan rantau termasuk Aleppo, Latakia, Hama dan wilayah-wilayah Hamas sejak beberapa minggu lepas.

Kementerian itu kemudian menerbitkan satu keterangan dengan pengiraan yang diesemak semula, mengatakan pada hakikatnya telah mengenakan 1,888 sasaran pada jangka waktu yang sama.

Keterangan itu sekeras-kerasnya menolak tuduhan-tuduhan di mana orang ramai telah menjadi sasaran serangan-serangan Rusia, mengatakan bahawa “tentera penerbangan Rusia dan kerajaan Syria tidak akan melancarkan serangan terhadap penduduk awam.” – AFP