Rusia sedia sertai langkah bersama hadkan pengeluaran minyak

Rusia sedia sertai langkah bersama hadkan pengeluaran minyak

ISTANBUL, 10 Okt – Presiden Vladimir Putin hari ini berkata yang anggota bukan OPEC, Rusia sudah bersedia untuk menyertai langkah untuk mengehadkan pengeluaran minyak, mengatakan bahawa ini adalah satunya cara untuk mengimbangi pasaran selepas tempoh panjang harga minyak rendah.

“Dalam situasi masa ini, kami percaya satu pembekuan atau pengurangan pengeluaran minyak adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan kestabilan dalam sektor tenaga dan mempertingkatkan dan menyeimbangkan semula pasaran,” ujarnya semasa Kongres Tenaga Sedunia di Istanbul.

“Rusia sudah bersedia untuk menyertai langkah bersama mengehadkan pengeluaran dan menyeru negara-negara pengeksport minyak lain melakukan hal yang sama,” tambahnya.

Vladimir Putin (tengah); Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kanan) dan Presiden Azerbaijan, IIham Aliev menghadiri Kongres Tenaga Sedunia kali ke-23 pada 10 Oktober di Istanbul. – AFP
Vladimir Putin (tengah); Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kanan) dan Presiden Azerbaijan, IIham Aliev menghadiri Kongres Tenaga Sedunia kali ke-23 pada 10 Oktober di Istanbul. – AFP

Dia menyatakan harapan bahawa ia akan membawa kepada satu persetujuan konkrit pada mesyuarat OPEC November ini dan idea itu akan menjadi ‘petanda positif bagi pasaran dan para pelabur’.

Tempoh harga minyak rendah telah memusnahkan ekonomi-ekonomi seperti Rusia yang gagal pada tahun-tahun lalu untuk mengurangkan kebergantungannya ke atas eksport hidrokarbon bagi hasil pendapatan.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak dijangka akan menghadiri mesyuarat informal bagi menteri-menteri tenaga OPEC di Istanbul pada Rabu. – AFP