Rusia selesai undur hujung minggu ini

Rusia selesai undur hujung minggu ini

MOSCOW, 17 Mac (AFP) – Rusia akan menyelesaikan pengunduran angkatan tenteranya dari Syria sebelum hujung minggu ini, kata jeneral tertinggi Rusia dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.

“Saya rasa ia akan menjadi begitu cepat. Dalam rangka kerja yang ditentukan oleh presiden dan menteri pertahanan. Hari ini atau esok….dalam masa dua-tiga hari lagi kami akan menyelesaikan tugas itu,” kata komander Pasukan Udara Rusia, Viktor Bondarev, memberitahu akhbar Komsomolskaya Pravda.

Temu bual itu disiarkan dalam akhbar hari ini namun disiarkan dalam online lewat kelmarin. Ia tidak dijelaskan dengan tepat bila jeneral memberi ucapan itu.

Pesawat Rusia telah pulang ke negara asalnya dari Syria sejak Selasa lalu, selepas Presiden Vladimir Putin memberi arahan mengejut untuk mengundurkan hampir keseluruhan tentera Moscow di negara dilanda perang tersebut.

Rusia tetap akan mengekalkan pangkalan udaranya berhampiran Latakia di Syria dan kemudahan tentera laut Tartus dan ia masih tidak jelas apa jenis kehadiran yang sebenarnya Moscow akan tinggalkan di belakang.

Vladimir Putin (kiri) dan Viktor Bondarev ketika menghadiri majlis penganugerahan pingat bagi tentera yang pulang dari Syria di Kremlin di Moscow, Rusia pada 17 Mac. – Reuters
Vladimir Putin (kiri) dan Viktor Bondarev ketika menghadiri majlis penganugerahan pingat bagi tentera yang pulang dari Syria di Kremlin di Moscow, Rusia pada 17 Mac. – Reuters

Bondarev mengatakan di samping pesawat perang, Rusia akan mengundurkan helikopter dengan memuatkannya dalam pesawat kargo.

Rusia telah menjalankan kempen untuk mengebom sasaran ‘pengganas’ di Syria sejak 30 September dalam kempen kuasa-kuasa Barat katakan terutamanya selepas pemberontak menentang pasukan Presiden Bashar al-Assad untuk menyokong rejimnya.

Bondarev mengatakan antara 500 ke 700 orang yang menyertai kempen serangan udara Moscow di Syria akan menerima pingat.

Putin dikatakan akan mengurniakan pingat kepada juruterbang dan kakitangan yang kembali dari Syria di Kremlin hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA