Rusia, Serbia terikat 1-1

Rusia, Serbia terikat 1-1

MONACO, 6 Jun – Serbia dan Russia terikat 1-1 dalam pertemuan pemanas badan terakhir Rusia, awal pagi tadi menjelang aksi pertama kumpulan Kejohanan Eropah (Euro 2016) menentang England di Marseille 11 Jun ini.

Artem Dzyuba memecahkan kebuntuan pada minit ke-85 di Stade Louis II, Monaco, untuk hanya Alexander Mitrovic menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Pengendali Rusia, Leonid Slutskiy terus meletakkan kepercayaan dengan trio serangan Dzuyba, Fedor Smolov dan Alexander Kokorin, yang disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika akur 2-1 kepada Republik Czech, Rabu lalu.

Igor Akinfeev kembali sebagai penjaga gol utama, manakala pemain berusia 20 tahun Alexander Golovin turut diberi peluang beraksi di bahagian tengah.

Hanya beberapa peluang dicipta kedua-dua pasukan pada babak pertama, tetapi Russia ditimpa malapetaka apabila tonggak tengahnya, Igor Denisov dibawa keluar selepas mengalami kecederaan pada babak kedua.

Antara aksi daripada kedua-dua belah pasukan pada perlawanan itu. – AFP
Antara aksi daripada kedua-dua belah pasukan pada perlawanan itu. – AFP

Dyzuba mencetak gol lima minit sebelum tamat perlawanan hasil gerakan kemas Roman Shirokov dan Kokorin.

Namun Rusia gagal mengekalkan kelebihan itu apabila Mitrovic bijak melepasi perangkap ofsaid dan tanpa berlengah menewaskan Akinfeev dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-88.

Rusia dan England berada dalam Kumpulan B di Euro 2016 bersama Slovakia dan Wales. – Agensi