Rusia, Slovakia terus tekan England

Rusia, Slovakia terus tekan England

UEFA-Euro-2016-Logo

LILLE, Perancis, 14 Jun (AFP) – Rusia yang baru sahaja menambat England di Marseille pada aksi pembukaan Euro 2016 Kumpulan B akan bertemu Slovakia di Lille pada Rabu dan sedia maklum bahawa kemenangan adalah segala-galanya untuk mara ke peringkat 16 terakhir.

Aksi pembukaan Rusia pada Sabtu dibayangi keganasan samseng bola sepak mereka di Marseille dan di tempat duduk penonton Stade Velodrome selepas perlawanan tamat.

UEFA yang terus membuka prosiding tatatertib terhadap Rusia sebagai pencetus rusuhan dengan tingkah laku perkauman termasuk menyalakan bunga api, mengugut mereka dengan pengusiran daripada pertandingan jika keganasan meletus lagi.

Dengan England dan Wales akan bersemuka di Lens Khamis ini, ancaman lebih banyak insiden antara penyokong saingan di Lille akan menjadi perhatian serius pihak berkuasa tempatan.

Tetapi di atas padang di Marseille ada penghujung yang menggembirakan untuk pasukan Leonid Slutsky apabila memperoleh gol penyamaan pada masa kecederaan melalui kapten Vasili Berezutski untuk seri 1-1 dengan pasukan pilihan Kumpulan B.

Itu juga bermakna kemenangan di Stade Pierre Mauroy, sehari sebelum England bertemu Wales, keadaan di sepanjang jalan raya akan memberi tekanan kepada pemain Roy Hodgson.

“Saya bukan seorang penyelamat dan satu mata bukan banyak pun,” Berezutski memberitahu UEFA.com dengan rendah hati sebelum pasukan Slutsky mengembara ke utara berdepan Slovakia.

Rusia menyaksikan dua midfield utama Igor Finding dan Alan Dzagoev menarik diri daripada skuad kerana kecederaan sebelum kejohanan, manakala penjaga gol gantian Yuri Lodygin terlepas sesi latihan semalam.

Sementara itu, midfield Denis Glushakov, yang direhatkan di bangku simpanan ketika menentang England, boleh menyertai barisan kesebelasan utama Rusia selepas pulih daripada kecederaan betis.

ARTIKEL YANG SAMA