Rusia, Syria henti serangan

Rusia, Syria henti serangan

MOSCOW, 18 Okt – Pasukan udara Rusia dan Syria telah menghentikan pengeboman ke atas Aleppo pada 0700 GMT hari ini, kata menteri pertahanan Rusia, dalam satu langkah yang dikatakan bermaksud untuk membuka jalan bagi perdamaian sementara lapan jam pada 20 Oktober.

“Serangan di rantau Aleppo oleh pasukan udara Syria dan Rusia telah dihentikan hari ini bermula jam 10 pagi (waktu tempatan),” kata Sergei Shoigu dalam ucapannya di televisyen.

“Perhentian awal serangan udara itu adalah perlu untuk memperkenalkan ‘kemanusiaan seketika’ pada 20 Oktober. Ia menjamin keselamatan keluar orang awam menerusi enam koridor dan bersedia untuk memindahkan yang sakit dan cedera dari timur Aleppo.”

Kementerian pertahanan Rusia berkata kelmarin yang pasukannya dan rejim Syria akan menghentikan tembakan di Aleppo pada Khamis selama lapan jam di tengah-tengah kritikan memuncak serangan yang disokong Moscow ke atas bandar kedua Syria.

Shoigu hari ini menyeru negara-negara yang ‘mempunyai pengaruh dalam kumpulan bersenjata di timur Aleppo’ untuk meyakinkan ketua-ketua kumpulan untuk berhenti bermusuh dan meninggalkan bandar tersebut.

Kanak-kanak bermain di sebuah kem pelarian yang menempatkan keluarga-keluarga Iraq yang melarikan diri dari pertempuran yang berlaku di kawasan Mosul pada 17 Oktober. – AFP
Kanak-kanak bermain di sebuah kem pelarian yang menempatkan keluarga-keluarga Iraq yang melarikan diri dari pertempuran yang berlaku di kawasan Mosul pada 17 Oktober. – AFP

Shoigu berkata inisiatif itu boleh ‘menyumbang kepada kejayaan’ rundingan tentera antarabangsa di Geneva pada Rabu dalam usaha untuk menjarakkan pejuang pembangkang Syria dari kumpulan jihad Fateh al-Sham Front, yang menukar nama mereka dari Al-Nusra Front selepas memutuskan hubungannya dengan Al-Qaeda.

Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vitaly Churkin, berkata kelmarin yang Turki, Qatar dan Arab Saudi bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rundingan ke atas menjarakkan pemberontak dari kumpulan jihad Syria.

Rusia berulang kali menuntut yang pemberontak Syria untuk berpisah dari Fateh al-Sham Front, yang PBB anggap sebagai kumpulan pengganas, sebagai syarat untuk memulihkan gencatan senjata di Aleppo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA