Rusia tarik diri dari ICC, AS kesal

Rusia tarik diri dari ICC, AS kesal

WASHINGTON, 17 Nov – Amerika Syarikat meluahkan rasa kesal semalam bahawa Rusia telah menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) – 14 tahun selepas Washington membuat keputusan yang sama.

Sementara Washington menuduh tentera Rusia melaku jenayah kejam di Syria dan Ukraine, ia tidak menerima bidang kuasa mahkamah berhubung kakitangannya sendiri. Seperti Rusia, Amerika Syarikat menandatangani Statut Rom pada 17 Julai 1998, namun kedua-dua negara tidak mengesahnya dan sekarang mereka pastinya sudah menolak kuasanya.

Keputusan Rusia dilihat oleh kebanyakan orang sebagai langkah terbaru dalam trend yang mungkin mengancam masa depan keadilan dunia, selepas beberapa negara Afrika menarik diri daripada mahkamah berkenaan.

“Jelasnya kami mengiktiraf ia adalah keputusan yang akhirnya merupakan keputusan negara yang akan diambil,” kata jurucakap Jabatan Negara AS John Kirby. “

Namun ia tidak, walaupun kami bukan negara penandatangan, mengurangkan kepercayaan kami bahawa mahkamah menyediakan rangka kerja yang bernilai.”

Amerika Syarikat menarik diri daripada Statut Rom pada Mei 2002, dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB Kofi Annan dari AS di bawah setiausaha negara John Bolton. Pada masa itu, presiden George W. Bush baru sahaja melancarkan perang global ke atas keganasan dan menyerang Afghanistan sebagai respon kepada serangan pada 11 September.

Pada Selasa, pendakwa ICC Fatou Bensouda berkata beliau sedang menimbang untuk melancarkan siasatan penuh ke dalam laporan mengatakan pekerja CIA AS menyeksa tersangka yang ditahan.

Apa yang mereka lakukan adalah tidak diragui. Siasatan AS menyimpulkan “teknik menyoal yang dipertingkatkan” oleh pentadbiran Bush adalah menyalahi undang-undang.

Pengganti Bush, Presiden Barack Obama mengharam teknik tersebut dan pada Ogos 2014 mengaku: “Kami menyeksa beberapa orang.” Maka satu siasatan jenayah perang ICC akan mempunyai banyak bukti untuk diusahakan, namun tidak ada sesiapa yang menjangka satu-satunya kuasa besar dunia akan menyerah tentera dan pengintipnya. – AFP