Rusia temui serpihan pesawat pemadam kebakaran

Rusia temui serpihan pesawat pemadam kebakaran

MOSCOW, 3 Julai – Anggota bomba Rusia hari ini menemui serpihan pesawat terhempas yang hilang pada Jumaat bersama 10 orang di dalamnya ketika menjalankan misi memadam kebakaran hutan di Siberia.

Ekor pesawat kementerian kecemasan II-76 telah ditemui di utara Irkutsk, rantau yang merentangi Tasik Baikal Rusia, tempat bencana kebakaran menular selama berminggu-minggu.

“Mayat empat kru anggota bomba telah ditemui,” menurut cawangan kementerian kecemasan di Irkutsk dalam satu kenyataan.

Usaha untuk mencari mayat lain telah dihambat oleh rupa bumi yang sukar dan gumpalan asap, katanya.

Sebelumnya kementerian berkata seramai 10 orang menaiki pesawat itu, yang terputus hubungan awal pagi Jumaat.

“Kami sedang mengosongkan sebuah kawasan bagi pendaratan helikopter untuk membawa…mayat yang kami akan cari,” kata Timbalan Menteri Kecemasan, Leonid Belyaev memberitahu televisyen kerajaan.

Rakaman dari tapak nahas menunjukkan ekor pesawat pengangkut itu terdampar pada tanah terbakar dengan serpihan lain fisulaj kelihatannya rentung.

Agensi-agensi penerbangan Rusia memberitahu agensi berita TASS bahawa pesawat itu kelihatannya hilang kawalan kerana gangguan daripada udara panas akibat kebakaran hutan yang ia cuba simbah menggunakan air.

“Kemungkinan udara panas dari kebakaran hutan itu masuk ke dalam enjin, pesawat itu hilang pendorongan jet dan tidak dapat mencapai altitud, melanggar puncak pokok dan jatuh,” menurut sumber itu sebagai berkata.

Ekor pesawat itu telah ditemui oleh anggota bomba lain pada pagi hari ini, menurut unit penerbangan agensi perhutanan Rusia. – AFP