Rusia tidak disekat sertai Rio

Rusia tidak disekat sertai Rio

LAUSANNE, 25 Julai – Keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk tidak mengenakan sekatan ke atas Rusia dari Sukan Rio kerana doping yang dilakukan negara itu menyaksikan ketua–ketua sukan berbelah bahagi semalam, kurang dari dua minggu sebelum acara perasmian.

Mendapatkan bagi mewajarkan keputusan itu, Presiden IOC, Thomas Bach berkata penolakan pengharaman akan menjejaskan hak para atlet Rusia yang bersih yang berharap untuk bersaing pada Sukan akan datang.

Persekutuan–persekutuan sukan individu bertanggungjawab bagi memastikan setiap atlet Rusia layak bagi Rio, kata eksekutif IOC itu.

Agensi Anti Doping Dunia minggu lalu meminta Rusia untuk diharamkan selepas menyatakan bagaimana ke-menterian sukan Rusia mengarahkan program penipuan dengan bantuan dari agensi perisikan negara FSB.

Ketua anti doping AS, Travis Tygart – salah seorang dari kebanyakan yang menggesa pengharaman penuh ke atas Rusia – mendakwa IOC mencipta ‘kekeliruan’ dengan keputusannya itu.

Gambar fail pada 21 Oktober 2015 menunjukkan Thomas ketika bercakap di Forum Olimpik Dunia di Moscow, Rusia. Thomas berkata semalam penolakan pengharaman akan menjejaskan hak para atlet Rusia yang bersih yang berharap untuk bersaing pada Sukan akan datang. – AFP
Gambar fail pada 21 Oktober 2015 menunjukkan Thomas ketika bercakap di Forum Olimpik Dunia di Moscow, Rusia. Thomas berkata semalam penolakan pengharaman akan menjejaskan hak para atlet Rusia yang bersih yang berharap untuk bersaing pada Sukan akan datang. – AFP

“Dalam tindak balas kepada ke-dudukan penting bagi atlet bersih dan integriti Sukan Olimpik, IOC enggan untuk mendapatkan kepimpinan yang muktamad,” kata bos USADA dalam kenyataan.

Ketua eksekutif Drug Free Sport New Zealand, Graeme Steel juga mengkritik keputusan IOC.

“Perjuangan menentang doping dalam sukan memerlukan kepimpinan antarabangsa yang kuat, tidak lebih jadi dalam kes ini, di mana integriti seluruh Olimpik dan Sukan Paralimpik dalam pertaruhan,’ tambah Menteri Sukan Australia, Sussan Ley.

Pegawai–pegawai WADA berkata mereka ‘kecewa’ dengan keputusan IOC itu, yang mana ketua pengarahnya, Olivier Niggil berkata akan “membawa kepada kekurangan keharmonian, potensi cabaran dan perlindungan yang kurang bagi atlet-atlet yang bersih.”

Penipuan menjejaskan 30 buah sukan, termasuk Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 dan acara–acara utama yang lain, kata WADA dalam mendedahkan bahawa skandal dadah meluas terburuk dalam sejarah Olimpik. – AFP