Rusia tutup Red Square bagi Tahun Baru

Rusia tutup Red Square bagi Tahun Baru

MOSCOW, 28 Dis – Red Square, Moscow, tempat yang biasanya orang ramai berkumpul bagi meraikan Tahun Baru, akan ditutup pada 31 Disember, menurut pihak berkuasa bandar itu hari ini, di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang semakin memuncak.

Tahun ini, polis akan menyuruh pulang kepada sesiapa yang berada di medan itu untuk pengiraan detik pelancaran dengan berpandukan bunyi loceng pada jam menara Kremlin, kata ketua keselamatan Moscow, Alexei Mayorov dipetik sebagai berkata dalam laman web dewan bandar raya.

Sebab utama diberikan bagi penutupan yang tidak pernah berlaku dulu di medan itu, salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Rusia, adalah perfileman konsert langsung bagi televisyen Channel One milik kerajaan dengan hanya penonton terpilih sahaja yang akan dibenarkan untuk hadir.

Mayorov mengatakan polis akan memberitahu sesiapa saja yang ingin untuk menyertainya, ‘Red Square telah ditutup bagi acara itu dan terdapat banyak tempat lain lagi orang ramai boleh luangkan masa untuk meraikannya.’

Bekas penggubal undang-undang Alexander Klyukin bercakap kepada radio Kommersant, mengatakan langkah mengejutkan itu juga ‘sama seperti penutupan Times Square di New York’.

Moscow telah memperkenalkan siri langkah keselamatan ketat sejak serangan ganas di Paris pada November.

Serangan itu telah menambahkan perasaan takut yang disebabkan oleh penembakan jatuh pesawat penumpang Rusia di Sinai Mesir lewat Oktober, membunuh 224 orang dalam apa yang Moscow katakan adalah tindakan pengganas.

“Ia bukan satu rahsia yang Moscow mungkin juga jadi sasaran serangan daripada pengganas antarabangsa,” kata Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin awal bulan ini. – AFP