Rusia ungguli senarai pesalah doping

Rusia ungguli senarai pesalah doping

KANADA, 28 April – Rusia merupakan pendahulu pesalah doping dalam sukan global ketika 2014, diikuti dengan Itali dan India, menurut Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), hari ini.

Rusia, yang penyertaannya dalam program olah raga Olimpik Rio dalam keraguan disebabkan skandal doping, mengambil kira 148 daripada 1,693 ujian kegagalan direkodkan, menurut Laporan Pelanggaran Peraturan Anti-Doping 2014 WADA.

Manakala, Itali (123), India (96), Belgium (91), Perancis (91), Turki (73), Australia (49), China (49), Brazil (46) dan Korea Selatan (43) merangkumi senarai 10 teratas yang menggambarkan kesalahan doping yang dilakukan dalam sukan global.

Jumlah keseluruhan kegagalan ujian secara global menurun 13 peratus daripada 1,953 yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Sukan olah raga dan bina badan mempunyai pelanggaran yang paling banyak dengan 248 dan 225, masing-masing, diikuti berbasikal, angkat berat, powerlifting, gusti, tinju, ragbi dan akuatik.

Laporan WADA itu menandakan statistik akhir tahun di bawah kod WADA 2009. Laporan 2015, yang akan dikeluarkan dalam 2017, akan menggambarkan keputusan-keputusan usaha-usaha anti-doping ketika ini di bawah Kod 2015.

Rusia, kedua di belakang Amerika Syarikat dalam pungutan pingat olahraga pada Olimpik 2012, digantung daripada sebarang sukan olahraga selepas suruhanjaya bebas WADA mendedahkan doping yang ditaja sendiri oleh negara.

Negara itu kini perlu meyakinkan IAAF bahawa ia telah membuat kemajuan yang cukup dalam memperbaharui operasi anti-dopingnya dikembalikan semula dalam sukan bagi temasya Olimpik Rio pada 5 hingga 21 Ogos. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA