Russel Knox juara WGC-HSBC

Russel Knox juara WGC-HSBC

SHANGHAI, 8 Nov (AFP) – Russel Knox tidak dapat menyembunyikan emosinya hari ini selepas muncul pemain golf pertama dalam sejarah memenangi Kejohanan Golf Dunia WGC-HSBC meskipun kali pertama menyertainya.

“Memenangi sebarang kejohanan profesional adalah suatu pencapaian yang amat besar,” Knox memberitahu sidang media selepas kejayaannya di padang bertaraf dunia yang menyediakan hadiah bernilai AS$8.5 juta. Kejayaan itu juga merupakan yang pertama dalam kejohanan Jelajah PGA Amerika Syarikat.

“Anda sudah pastinya agak tidak pasti jika anda akan memang kerana terdapat ramai pemain yang sungguh hebat. Untuk dating dan menjadi peain teratas minggu ini adalah impian menjadi nyata, dan saya masih tidak percaya saya berada di sini.”

Pukulan finalnya empat di bawah par 68 memberikannya sejumlah 268, 20 di bawah par.

Kevin Kisner dari AS menduduki tempat kedua dengan 270, sementara Danny Willett dan Ross Fisher dari England berkongsi tempat ketiga.

Russell Knox (tengah) bergambar ramai bersama trofinya selepas memenangi kejohanan golf WGC-HSBC di Shanghai pada 8 November 2015. – AFP
Russell Knox (tengah) bergambar ramai bersama trofinya selepas memenangi kejohanan golf WGC-HSBC di Shanghai pada 8 November 2015. – AFP

Sementara itu laporan awal menyatakan Knoxmenyertai Kevin Kisner dengan 16 bawah par di kedudukan teratas pendahulu selepas beraksi 18 lubang secara bersendirian pada 7:45 pagi (2345 GMT, semalam).

Pada malam sebelumnya dia meninggalkan tee selepas keadaan menjadi gelap tanpa membuat sebarang pukulan selepas pegawai menyatakan ia terlalu gelap untuk beraksi selepas dua penangguhan akibat cuaca di Shenshan International Golf Club. Rakan pesaing, Kisner dan Branden Grace memilih untuk menamatkannya.

Pemain nombor 85 dunia itu, 30, dari Inverness mencatatkan penyudah terbaik sebelumnya di tangga ketiga dalam Jelajah PGA AS.

ARTIKEL YANG SAMA