Rusuhan di Hong Kong, polis lepas tembakan amaran

Rusuhan di Hong Kong, polis lepas tembakan amaran

HONG KONG, 9 Feb – Polis rusuhan Hong Kong melepaskan tembakan amaran hari ini ketika pertempuran yang meletus apabila pihak berkuasa cuba mengalihkan gerai jalanan yang didirikan tanpa kebenaran bagi perayaan Tahun Baru Cina, keganasan jalan raya paling teruk sejak bantahan pro demokrasi pada tahun 2014.

Para pembantah mengumpil batu bata dari laluan jalan kaki dan kemudian dilontarkan ke arah pihak polis, manakala yang lain menumbangkan papan tanda jalan raya dan membakar tong-tong sampah di Mong Kok, kawasan berpasir yang terletak seberang pelabuhan dari tengah pusat kewangan Asia.

Seramai-ramainya 48 anggota polis telah tercedera dalam pertempuran itu, menurut seorang jurucakap polis wanita. Televisyen Hong Kong memperlihatkan pegawai-pegawai polis dipukul dengan tiang dan kayu apabila mereka rebah di tanah. Ramai pembantah dan polis juga dilihat berlumuran darah di muka mereka. Jurucakap wanita polis juga berkata 24 orang pembantah telah diberkas.

Menurut polis dua tembakan amaran dilepaskan ke udara, dengan semburan lada putih dan belantan juga digunakan untuk menyuraikan orang ramai. Tayangan di televisyen menunjukkan tembakan dilepaskan ketika para pembantah mengepung polis lalu lintas, yang kemudian menjadi mangsa lontaran sampah, batu bata, botol dan mengakibatkan salah seorang anggota polis itu rebah ke tanah.

Sisa-sisa tong-tong sampah yang dibakar dan pasu bunga, ketulan-ketulan batu bata dan botol pecah berselerak di sepanjang kawasan membeli terkenal di dunia, Nathan Road kemudian pada pagi kelmarin. Sebuah kereta teksi dengan cermin tingkapnya berkecai kelihatan diletakkan di kawasan berhampiran.

Penunjuk perasaan membaling batu bata apabila wartawan cuba berlindung dari pembantah semasa pertembungan antara polis rusuhan di daerah Mongkok di Hong Kong, China. – Reuters
Penunjuk perasaan membaling batu bata apabila wartawan cuba berlindung dari pembantah semasa pertembungan antara polis rusuhan di daerah Mongkok di Hong Kong, China. – Reuters

Pertempuran meletus selepas pihak polis memasuki kawasan itu untuk mengalihkan para penjaja yang tidak mendapat kebenaran yang menjual makanan tempatan, barang kodi dan barangan rumah. Para penjaja, pemandangan biasa di jalan raya Hong Kong yang sibuk, dengan segera menjadi tumpuan media sosial di bawah hashtag #FishballRevolution.

Ketua Eksekutif Hong Kong Leung Chin-ying memberitahu para pemberita pada sidang media yang diadakan dengan tergesa-gesa bahawa kerajaan bandar itu sekeras-kerasnya menyelar keganasan itu.

Setiausaha Keselamatan Lai Tung-kwok berkata pihak polis sedang menyiasat ‘indikasi’ bahawa pertempuran itu telah diaturkan. Apabila ditanya tentang tembakan amaran, Lai berkata pihak polis telah mengambil semua langkah yang wajar. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA