Rusuhan, kebakaran di penjara Mexico

Rusuhan, kebakaran di penjara Mexico

TLALNEPANTLA, Mexico, 14 Jun (AFP) – Rusuhan dan kebakaran berlaku lewat semalam di sebuah penjara di pinggir bandar Mexico, yang mengakibatkan pihak berkuasa menghantar beratus-ratus anggota polis dan anggota bomba beruasaha untuk mengembalikan ketenteraman.

Kebakaran berjaya dipadamkan, dan tidak ada laporan kematian atau kecederaan di penjara Barrientos, yang terletak di perbandaran Tlalnepantla, menurut para pegawai.

Kira-kira 150 anggota banduan keluar, sesetengah mereka menangis, berdiri berhampiran penjara, menantikan berita manakala pegawai polis mengepung kawasan itu.

“Saya mahu memberitahu para anggota keluarga banduan bahawa mereka tidak perlu merasa risau, rusuhan terkawal dengan usaha minimum,” ketua keselamatan Negara Mexico, Eduardo Valiente berkata selepas melawat penjara itu.

Jose Manzur, setiausaha agung kerajaan Negara Mexico berkata tidak ada laporan tentang kecederaan serius atau pun kematian.

Manzur memberitahu Uno TV bahawa rusuhan adalah ekoran ‘pertikaian antara kumpulan-kumpulan banduan, dan 600 pegawai polis telah memasuki penjara untuk mengembalikan ketenteraman.

Media tempatan menunjukkan gambar-gambar yang memaparkan api kebakaran dari penjara itu. keadaan kelam kabut mengakibatkan kepanikan dalam kalangan para anggota keluarga banduan yang telah beramai-ramai pergi ke penjara.