Rusuhan, pengusiran tajuk utama ‘Presiden Trump’

Rusuhan, pengusiran tajuk utama ‘Presiden Trump’

WASHINGTON, 11 April (AFP) – Pengusiran beramai-ramai, rusuhan dan perang perdagangan akan mengancam: Boston Globe semalam menyiarkan muka surat depan palsu yang membayangkan keadaan Amerika di bawah kepimpinan presiden Donald Trump – dan menyelar ‘wawasannya yang amat membimbangkan.”

Disiarkan dalam bahagian idea surat khabar AS berserta kandungan dengan tajuk “GOP mesti menghalang Trump” sindiran akhbar yang muncul tiga bulan sebelum konvensyen Parti Republikan mengesahkan calonnya bagi jawatan Rumah Putih.

“Pengusiran akan bermula,” begitu tajuk akhbar fiksyen Globe, bertarikh 9 April 2017, di atas artikel olok-olok tentang desakan Trump untuk mengusir lebih 11 juta pendatang yang tidak mempunyai dokumen – yang mencetuskan rusuhan dan perintah berkurung di seluruh negara.

Sebilangan surat khabar AS aliran biasa, dari The New York Times hinggalah The Los Angeles Times atau The Washington Post telah mengambil pendirian kukuh dalam halaman editorial mereka ke atas bida pilihan raya Trump, dengan menggesa Republikan menolak retorik populis ke atas para penghijrah, orang Islam atau wanita yang memarakkan kempennya.

Gambar yang diambil pada 10 April 2016 di Washington menunjukkan seorang wanita membaca versi dalam talian yang menyindir Donald Trump perlu memenangi jawatan presiden, apabila pandangan Trump dikutuk dan ‘amat membimbangkan’ serta ‘sangat tidak berjiwa Amerika’. – AFP
Gambar yang diambil pada 10 April 2016 di Washington menunjukkan seorang wanita membaca versi dalam talian yang menyindir Donald Trump perlu memenangi jawatan presiden, apabila pandangan Trump dikutuk dan ‘amat membimbangkan’ serta ‘sangat tidak berjiwa Amerika’. – AFP

Tetapi satira Globe menandakan contoh paling hebat sehingga kini. “Pasaran merosot ketika perang perdagangan akan mengancam,” tajuk akhbar yang tampak benar, yang membutirkan pecahan hubungan komersial AS dengan China dan Mexico.

Satu artikel memaparkan tentera-tentera AS enggan mematuhi arahan untuk membunuh kaum keluarga para pejuang IS, satu lagi artikel memaparkan Kongres yang dikuasai Republikan meluluskan undang-undang fitnah bertulis yang mensasarkan ‘yang benar-benar sampah’ dalam media – kedua-duanya mengulang tentang pengumuman kempen oleh Trump.

Berita berasingan melaporkan bagaimana Trump mengakibatkan krisis diplomatik dengan China selepas menamakan anjingnya Shar-Pei, sempena nama wanita pertama China Peng Liyuan. Meskipun Trump mendahului persaingan dalam pilihan raya kecil Republikan, dia diramalkan tewas besar dalam pilihan raya agung bersaing dengan kemungkinan calon Demokratik, Hillary Clinton.

ARTIKEL YANG SAMA