Rusuhan penjara, seorang maut, 13 cedera

Rusuhan penjara, seorang maut, 13 cedera

SONGKHLA 10 Jun (Agensi) – Seorang banduan terkorban dan 13 orang lain cedera, termasuk lima anggota pengawal penjara, dalam satu rusuhan di sebuah penjara di Songkhla, Thailand kelmarin.

Sekurang-kurangnya 200 banduan dilaporkan naik berang dengan keadaan penjara yang terlalu sesak dan undang-undang yang terlalu ketat bagi mengesan dadah dan telefon bimbit.

Rusuhan itu berlaku pada pukul 8 pagi waktu tempatan dan berakhir pada petang semalam selepas pegawai bersetuju dengan permintaan banduan termasuk menambah baik sel penjara dan satu panggilan untuk Gabenor Songkhla bagi menukarkan ketua penjara, Piratpon Wongwet melalui surat layang yang diberikan.

ARTIKEL YANG SAMA