Rusuhan semakin teruk di Milwaukee

Rusuhan semakin teruk di Milwaukee

MILWAUKEE, 16 Ogos – Ekoran malam keganasan yang mengakibatkan setengah dozen perniagaan terbakar, ketua polis Milwaukee melahirkan rasa terkejut dengan tahap kekacauan yang meletus selepas penembakan mati seorang lelaki kulit hitam oleh seorang pegawai polis kulit hitam.

“Ini tidak dijangkakan,” Ketua Edward Flynn berkata semalam, dua hari selepas rusuhan paling teruk melanda kawasan Sherman Park di bahagian utara bandar yang tertekan dari segi ekonomi dan sebahagian besar penduduknya adalah kulit hitam.

Bandar itu lebih tenang petang semalam selepas kekacauan selama dua malam. Enam tangkapan dibuat selepas beberapa ‘konfrontasi hangat’ tetapi tidak berlaku pemusnahan harta benda atau rusuhan, kata Flynn.

Perintah berkurun pada pukul 10 malam bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun nampaknya dihormati dengan bantuan ketua masyarakat dan ibu bapa, menurut Datuk Bandar Milwaukee Tom Barrett.

Kenyataan ketua itu membangkitkan persoalan tentang sama ada pihak berkuasa mungkin mengambil langkah untuk membendung keganasan, mungkin dengan mengongsikan butiran tentang penembakan lebih awal, termasuklah bangsa pegawai atau gambar dari ka-mera badannya.

Randolph McLaughlin, profesor undang-undang Universiti Pace dan peguam hak asasi, mempersoalkan bagaimana ketua-ketua Milwaukee mungkin menjangkakan jalan raya akan terus senyap malam Sabtu memandangkan perdebatan kebangsaan tentang penguatkuasaan undang-undang dan bangsa.

“Bagi datuk bandar untuk mengatakan semuanya baik dan kita baru saja membunuh seseorang, itu tidak mengendahkan bandarnya,” kata McLaughlin.

Menurutnya Datuk Bandar Tom Barett seharusnya menemui para penduduk dan ketua masyarakat dan bertanya “Apakah yang perlu kami lakukan untuk memastikan masyarakat kamu selamat?” kata McLaunglin. “Dia perlu terus pada jawatannya.”

David Klinger, seorang profesor sosiologi Universiti Missouri-St Louis yagn mengkaji penggunaan kekerasan oleh pihak polis, berkata itu tidak semestinya membantu polis untuk mendedahkan bangsa pegawai lebih cepat. – AP