Ryan belum sokong penuh Trump

Ryan belum sokong penuh Trump

WASHINGTON, 13 Mei (AFP) – Donald Trump yang diandaikan calon Republikan masih kekurangan sokongan dari Speaker Dewan Paul Ryan semalam, tetapi kedua-dua mereka berkata mereka telah mengambil ‘langkah positif’ ke arah menyatukan parti bagi pilihan raya Rumah Putih jutawan itu.

Trump, yang berdepan ujian awal yang genting dalam pencalonan pilihan rayanya, telah mengadakan pertemuan dengan Ryan untuk menyatakan perbezaan pendapat mereka dan pemimpin-pemimpin Republikan lain. Meskipun beberapa anggota Republikan mengaku keretakan serius dalam parti tentang ketua yang dasarnya kerap tersasar dari ortodoks konservatif, Trump muncul dari rundingan dengan keyakinan tentang pemulihan hubungan baik. “Hari hebat di D.C dengan Speaker Ryan dan kepimpinan Republikan. Keadaan berjalan dengan begitu baik,” katanya di Twitter.

Dalam kenyataan bersama selepas itu, Trump dan Ryan menyifatkan mesyuarat itu ‘langkah positif ke arah penyatuan’ dan menekankan matlamat utama parti ialah untuk menewaskan Hillary Clinton dari parti Demokratik pada November akan datang. Tetapi Ryan, yang minggu lalu mengumumkan bahawa dia ‘tidak bersedia’ menyokong Trump sebagai ketua parti, telah enggan menyatakan sokongannya.

“Saya berpendapat ini akan menjadi hala positif dan saya berpendapat ini adalah mesyuarat pertama yang menggalakkan, Ryan memberitahu para pemberita.

ARTIKEL YANG SAMA