Ryanair kurangkan ramalan keuntungan bersih

Ryanair kurangkan ramalan keuntungan bersih

DUBLIN, 18 Okt – Syarikat penerbangan Ireland, Ryanair mengurangkan ramalan keuntungan bersih setahun penuh sebanyak lima peratus disebabkan oleh kejatuhan mata wang pound sejak Britain mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada Jun.

“Punca utama pertumbuhan rendah itu dalam keuntungan setahun penuh adalah kejatuhan mata wang sterling 18 peratus selepas Brexit yang akan mengurangkan tambang purata separuh kedua,” menurut syarikat yang berpangkalan di Dublin itu dalam satu kenyataan.

Kejatuhan pound telah mengurangkan jumlah perbelanjaan Ryanair dari pasaran penting Britain sebaik saja mata wang itu ditukar kepada euro – unit Ireland dan yang Ryanair gunakan bagi menghargai perbelanjaannya.

Ryanair berkata ia mengurangkan ramalan keuntungan bersih 2016/17 dengan lima peratus antara 1.3 bilion euro dan 1.35 bilion euro (AS$1.4 bilion dan AS$1.5 bilion). Tahun kewangannya berlangsung sehingga hujung bulan Mac. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA