Ryu mulakan saingan dengan mantap

Ryu mulakan saingan dengan mantap

CALIFORNIA, 22 April – Ryu So-yeon dari Korea Selatan mencatatkan rekod pertandingan dengan sembilan bawah par 63 pada persaingan dalam kumpulan pembukaan dan menamatkan pertandingan dengan mengungguli senarai pemain selepas pusingan pertama Swinging Skirts LPGA Classic semalam.

Biarpun terkejut dengan panggilan pada sekitar 4 pagi di San Francisco, Ryu beraksi dengan cemerlang dan berhati–hati ketika membuat pukulan dan menghasilkan pusingan tanpa bogey yang membolehkannya untuk mendahului dua pukulan ke atas Candie Kung dari Taiwan dan Haru Nomura dari Jepun.

“Saya benci bangun awal tetapi (kami) memiliki keadaan cuaca yang bagus,” Ryu memberitahu wartawan di Lake Merced Golf Club. “Suhu adalah sempurna…tidak berangin. Segalanya ada di sana untuk saya. Saya gembira dengan pusingan saya.”

Xi Yu Lin dari China dan Christel Boeljon dari Belanda berkongsi di kedudukan keempat dengan lima bawah, sementara juara bertahan dua kali dan pemain nombor satu dunia, Lydia Ko adalah diantara pemain yang ketinggalan satu strok selepas pemain dari New Zealand membuat 68 pukulan.

Ko adalah pemain yang masih dalam rentak bagi Jelajah LPGA dan memburu kemenangan ketiganya musim ini, dan keempat secara global, selepas memenangi ANA Inspiration pada awal bulan untuk memenangi pertandingan kedua berturut–turut.

Ryu, sementara itu yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan sejak Terbuka Canadian Pacific Women tetapi juara Terbuka AS 2011 tidak terlepas cut sejak kejuaraan Evian Championship pada 2014 kejayaan aktif terpanjang dalam Jelajah LPGA. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA