Sabah berusaha kukuhkan tahap bekalan makanan negeri

Sabah berusaha kukuhkan tahap bekalan makanan negeri

KOTA KINABALU, 6 Okt – Kerajaan Sabah sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan di negeri ini terus berada pada tahap yang kukuh dan mantap.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri sentiasa meneliti keperluan untuk meningkatkan keupayaan logistic terutama menyediakan jentera yang mencukupi.

“Ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk terus memperkasa pembangunan sektor pertanian kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penting ialah kerajaan terus berusaha untuk membantu rakyat termasuklah para petani meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi mereka dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif,” katanya pada majlis penyerahan jentera pembajak sawah Jabatan Pertanian Sabah di sini hari ini. – Bernama