Sabah hargai sumbangan artis

Sabah hargai sumbangan artis

KOTA KINABALU, 29 Sept – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan golongan artis kepada masyarakat dan pembangunan industri hiburan di negara ini.

Beliau berkata sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap golongan seni, selain berbentuk bantuan, turut diberikan penganugerahan bintang dan darjah kebesaran kerajaan negeri.

“Datuk DJ Dave (penyanyi) yang ramai peminat di Sabah adalah salah seorang penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ di Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) kepada artis-artis di Sabah, di sini hari ini.

Justeru, kata Musa sudah tiba masanya masyarakat juga harus menghargai sumbangan artis melalui cara mereka tersendiri. – Bernama