Sabah tawar kemudahan perubatan setanding negara maju

Sabah tawar kemudahan perubatan setanding negara maju

KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) – Sabah menawarkan kemudahan perubatan setanding negara maju dengan kewujudan pusat-pusat perubatan swasta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kedudukan geografi Sabah yang terletak berhampiran Kalimantan Utara, Indonesia juga memberi kelebihan kepada rakyat dari negara itu untuk mendapatkan khidmat perubatan di Sabah.

“Justeru pesakit dari negara jiran perlu memanfaatkan kemudahan perubatan di hospital-hospital swasta yang terdapat di Sabah memandangkan mutu perubatan di hospital tersebut adalah setanding dengan negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau hari ini menerima kunjungan Ketua Kepala Perwakilan Republik Indonesia di Tawau, Abdul Fatah Zainal.

Datuk Seri Musa Aman (kanan) berkata kedudukan geografi Sabah yang terletak berhampiran KalimantanUtara, Indonesia telah memberi kelebihan kepada rakyat dari negara itu untuk mendapatkan khidmat perubatan di Sabah. - Bernama
Datuk Seri Musa Aman (kanan) berkata kedudukan geografi Sabah yang terletak berhampiran KalimantanUtara, Indonesia telah memberi kelebihan kepada rakyat dari negara itu untuk mendapatkan khidmat perubatan di Sabah. – Bernama