Sabotaj baru ke atas kemudahan minyak Nigeria

Sabotaj baru ke atas kemudahan minyak Nigeria

WARRI, Nigeria, 5 Julai – Militan yang disyaki telah meletupkan saliran paip gas di rantau delta selatan Nigeria, menurut penduduk tempatan dan pihak tentera hari ini, yang terbaru dalam siri serangan ke atas kemudahan minyak yang telah melanda pengeluaran itu.

Pegawai tentera berkata serangan berlaku kira-kira jam 10 malam (2100 GMT) pada Isnin di kawasan Delta Kerajaan di Batan dan Makarava.

“Serangan malam kelmarin itu disasarkan ke atas induk telaga minyak yang terletak di komuniti Makarava, yang telah dioperasi oleh Chevron Nigeria Limited,” katanya tanpa memberitahu nama.

Pengerusi komuniti Batan, Ogugu Dickson, menambah: “Kami mendengar tiga letupan pada kira-kira 10 malam semalam dan pagi hari ini, kami telah menghantar pasukan pengawasan saliran paip untuk memeriksa dan mengesahkan butiran insiden tersebut.

“Daripada penemuan oleh pasukan, manifold Syarikat Pembangunan Petroleum Nigeria (NPDC) telah meletup sementara saliran paip Perbadanan Petroleum Kebangsaan Nigeria (NNPC), yang kira-kira 800 meter dari manifold, juga telah meletup.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA