Sabre Travel Network (Brunei) rai ulang tahun pertama

Sabre Travel Network (Brunei) rai ulang tahun pertama

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd telah meraikan ulang tahun pertamanya pada majlis yang diadakan di Radisson Hotel, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan meraikan ulang tahun pertama transformasi Abascus Distribution Systems (B) Sdn Bhd kepada Sabre Travel Network (Brunei) berikutan pengambilalihan Abacus oleh Sabre pada Mei 2015 lalu.

Pengerusi Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd, Karam Chand berkata, “Ini adalah masa yang dinamik bagi industri pelancongan Brunei dan kami percaya ia dapat mewujudkan peluang baru untuk rakan-rakan kongsi perniagaan iaitu ejen pelancongan Brunei.

“Dengan jumlah pelancong ke Brunei dijangka bertambah, kini adalah masanya untuk melabur untuk perkembangan landskap pelancongan,” tambah beliau.

Majlis Perjalanan dan Pelancongan Dunia telah meramalkan peningkatan dalam sumbangan perjalanan dan pelancongan kepada ekonomi Brunei dan lebih 218,000 pelancong direkodkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada tahun 2015.

Sesi memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd.
Sesi memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd.
Karam Chand semasa menyampaikan ucapan di majlis itu.
Karam Chand semasa menyampaikan ucapan di majlis itu.

Jumlah ini meningkat 8.6 peratus berbanding tahun 2014 dan negara ini menyasarkan peningkatan dua kali ganda iaitu kepada 450,000 kemasukan pelancong menjelang tahun 2020.

Majlis sambutan itu dimeriahkan dengan penyampaian anugerah kepada 10 agensi terbaik di Negara Brunei Darussalam.

Tempat pertama yang juga menerima Anugerah Agensi Terbaik sumbangan Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd adalah Century Travel Centre Sdn Bhd, Bandar Seri Begawan (BSB), diikuti Freme Travel Services Sdn Bhd, BSB dan Pan Bright Travel Services, Kuala Belait (KB) di tempat ketiga.

Manakala itu, tempat keempat dan seterusnya adalah Darussalam Holding Sdn Bhd, BSB, Anthony Tours & Travel Agency Sdn Bhd, BSB, Pan Bright Travel Services, BSB, Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd, Freme Travel Services Sdn Bhd, KB, Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd, Seria dan Century Travel Centre Sdn Bhd, Manggis.

ARTIKEL YANG SAMA