Sadak, amalan musim raya yang masih dipraktikkan

Sadak, amalan musim raya yang masih dipraktikkan

Oleh HM Yusof

 

TUTONG, 7 Julai – Balai Ibadat Kampung Sengkarai, Tutong tidak ketinggalan menyambut hari lebaran ini dengan mengadakan solat sunat Aidilfitri dengan dihadiri oleh para jemaah kampung dan penduduk-penduduk sekitarnya.

Tetapi satu amalan yang jarang terdapat di masjid atau balai Ibadat lain juga diamalkan di balai ibadat ini iaitu ‘Sadak.’

Amalan ‘Sadak’ merupakan salah satu cara mengutip sedekah yang masih dipraktikkan setiap tahun di Balai Ibadat Kampung Sengkarai.

Dua hingga tiga ahli jawatankuasa takmir akan melalui barisan jemaah sebelum solat sunat Aidilfitri, sambil membawa kain pelikat yang diikat pada pinggang mereka.

Para jemaah yang dilintasi mereka akan menghulurkan derma berupa wang kertas atau duit syiling seikhlas hati.

Derma yang dikumpulkan akan dikira selesai acara solat sunat Aidilfitri ditunaikan dan disimpan dalam tabung masjid bagi membiayai sebarang aktiviti atau keperluan masjid.

Salah seorang jemaah memasukkan wang sedekah ke dalam kain pelikat.
Salah seorang jemaah memasukkan wang sedekah ke dalam kain pelikat.

ARTIKEL YANG SAMA