Saddam, Gadhafi lebih baik – Trump

Saddam, Gadhafi lebih baik – Trump

WASHINGTON, 26 Okt (AFP) – Dunia akan menjadi tempat yang lebih baik jika diktator-diktator seperti Saddam Hussein dan Muammar Gadhafi masih berkuasa, calon presiden utama Republikan AS, Donald Trump berkata dalam satu ulasan yang di siarkan semalam.

jutawan hartanah itu juga memberitahu rancangan bual bicara CNN “State of Union” bahawa ‘ledakan’ Timur Tengah sekitar Presiden AS Barack Obama dan bekas setiausaha negara Hillary Clinton, saingan terbesarnya dari Demokratik dalam persaingan bagi jawatan Rumah Putih.

“100 peratus” kata Trump, apabila ditanya jika dunia lebih baik dengan masih ada penerajuan Saddam dan Gadhafi di Iraq dan Libya.

Kedua-dua orang kuat itu telah melakukan kekejaman ke atas rakyatnya sendiri dan kini telah meninggal dunia. Saddam, bekas presiden Iraq telah digulingkan dalam serangan ke atas Iraq yang diketuai AS pada tahun 2003 dan telah dihukum mati pada tahun 2006.

Gadhafi yang memimpin Libya selama empat dekad disingkirkan dan dibunuh pada Oktober 2011 di tengah kebangkitan yang disokong NATO.

“Kepala orang dipancung. Mereka dilemaskan. Masa ini keadaan jauh lebih teruk dari keadaan di bawah Saddam Hussein atau Gadhafi,” kata Trump.

Dengan menggelar Iraq ‘Havard Pengganasan’, Trump berkata negara telah merubah menjadi ‘medan latihan bagi pengganas-pengganas’.

“Jika dilihat pada Iraq beberapa tahun lalu, saya tidak mengatakan Saddam Hussein adalah orang yang baik.

Dia adalah lelaki teruk tetapi keadaan itu lebih baik dari sekarang,” katanya lagi.

Dia juga berkata AS seharusnya mengambil minyak Iraq, dengan mengatakan ia kini dibeli oleh China, dan juga pergi kepada Iran dan kumpulan Kerajaan Islam.