Sadiq Khan kutuk serangan perkauman

Sadiq Khan kutuk serangan perkauman

LONDON, 8 Mei (AFP) – Sadiq Khan yang baru dilantik sebagai datuk bandar London pertama yang beragama Islam, hari ini menuduh Perdana Menteri, David Cameron menggunakan taktik-taktik “Donald Trump” untuk cuba memecahbelahkan komuniti dalam bidaan untuk menghalangnya menang dalam pilihan raya.

Sehari selepas mengangkat sumpah dengan janji untuk menjadi “datuk bandar bagi semua warga London”, ahli parlimen Parti Buruh itu mengutuk Parti Konservatif Cameron untuk cuba mengaitkannya dengan ekstremis Islam ketika kempen pilihan rayanya.

“Mereka menggunakan ketakutan dan sindiran untuk cuba mengubah etnik berlainan dan kumpulan-kumpulan keagamaan antara satu sama lain, sesuatu yang sama seperti apa yang Donald Trump lakukan,” tulis Khan dalam akhbar The Observer.

“Warga London berhak yang lebih baik dan saya berharap ia sesuatu yang tidak akan diulangi oleh parti Konservatif.”

Khan memenangi 57 peratus undian dalam pilihan raya pada Khamis lepas, mendapatkan 1.3 juta undi menewaskan jutawan Tory Zac Goldsmith dan membuat sejarah sebagai datuk bandar beragama Islam pertama di ibu negeri utama Barat.

Datuk bandar London yang baru dilantik, Sadiq Khan. - AFP
Datuk bandar London yang baru dilantik, Sadiq Khan. – AFP

Beliau yang berusia 45 tahun, anak kepada pemandu bas penghijrah Pakistan, menobatkan kemenangannya sebagai kejayaan “perpaduan atas pembahagian” selepas berminggu-minggu kritikan Tory terhadap penampilan lepasnya pada acara-acara awam bersama radikal Islam.

Beberapa ahli politik Konservatif mengkritik intonasi kempen itu, namun Setiausaha Pertahanan Michael Fallon berkata soalan-soalan yang dibangkitkan telah menjadi sah.

Khan telah mengaku mewakili beberapa “karakter yang cukup buruk” ketika kerja sebelum ini sebagai peguam hak asasi manusia namun berkata pandangan mereka satu “penghinaan”.

“Kedua-dua calon ditanyakan soalan-soalan mengenai latar belakang mereka, personaliti mereka, penghakiman mereka, orang-orang yang dengan mereka bersekutu,” Fallon memberitahu radio BBC.

“Itulah lumrah demokrasi kita dan pahit dan perit politik.”