Safarova kekalkan cabarannya

Safarova kekalkan cabarannya

PARIS, 3 Jun (Reuters) – Lucie Safarova dan pukulan kencang backhand darinya terbukti senjata penting pada Terbuka Perancis semalam ketika pemain dari Czech itu mara ke separuh akhir dengan kemenangan 7-6 (3) 6-3 ke atas Garbine Muguruza dari Sepanyol.

Sehari selepas mengetepikan juara 2014, Maria Sharapova, pilihan ke-13 itu mengetepikan tiupan angin di Gelanggang Suzanne Lenglen dan pukulan groundstrokes bertenaga terhadap pesaingnya untuk mara ke peringkat separuh akhir di Paris buat kali pertama.

Pukulan kemenangan backhand dari Safarova menamatkan set pertama dengan kualiti tinggi dan dia melengkapkan kejayaan dengan satu lagi pukulan backhand.

Safarova, yang berusaha untuk menjadi pemain bertangan kidal untuk memenangi gelaran wanita di Roland Garros sejak Monica Seles pada 1992, akan menghadapi juara 2008, Ana Ivanovic bagi merebut tempat dalam persaingan akhir Sabtu depan.

“Saya gembira dan bersedia,” kata Safarova di luar gelanggang.

Lucie Safarova meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain dari Sepanyol Garbine Muguruza. – Reuters
Lucie Safarova meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain dari Sepanyol Garbine Muguruza. – Reuters

Bola tinggi satu cabaran, pemenang itu berada di jaring dan pada akhirnya hanya perkara yang memisahkan dua pemain itu dalam set pertama adalah keputusan Safarova untuk berada di garisan.

Biasa dikenali bagi pukulan forehand kencangnya, ia adalah dua pukulannya yang menghasilkan kejayaannya semalam.

Dia membalas pukulan di garisan untuk menamatkan 26 kali berbalas pukulan untuk mendahului 3-1 dalam tiebreak sebelum menghasilkan satu lagi mata penamat.

Muguruza, 21, yang memberikan kekalahan perit grand slam ke atas Serena Williams 12 bulan lalu, kehilangan naluri persaingannya, membenarkan Safarova untuk menguasai set kedua.

Pemain dari Czech itu mengangkat tangannya dan berundur ke belakang dalam meraikan kejayaannya tetapi pesaing itu melihat di matanya berkata “saya belum selesai lagi”.

Satu–satunya pemain wanita yang belum melepaskan sebarang set, pemain Republik Czech itu mungkin akan meraih takhta Roland Garros pertama sejak kejayaan Hana Mandilkova pada 1981.

ARTIKEL YANG SAMA