Sagna diminta...

Sagna diminta jelaskan posting ’10 lawan 12’

LONDON, 4 Jan – Pemain pertahanan Manchester City Bacary Sagna diminta menjelaskan posting beliau di Instagram yang mempersoalkan keputusan pengadil Lee Mason dalam kemenangan The Citizens 2-1 ke atas Burnley, Isnin lalu.

Persatuan Bola Sepak (FA) bertindak selepas pemain Perancis berusia 33 tahun itu menulis: “10 lawan 12… tetapi masih berjuang dan menang sebagai satu pasukan.”

Sagna, yang diberi tempoh sehingga 1700 GMT Jumaat ini untuk bertindak balas, kemudian memadamkan sebahagian daripada posting ‘10 lawan 12’. Dia boleh didakwa oleh FA pada masa akan datang.

Manchester City, yang boleh ketinggalan 10 mata di belakang Chelsea jika pendahulu Liga Perdana itu menewaskan Spurs lewat hari ini, tidak berpuas hati dengan penyingkiran Fernandinho pada babak pertama dan mengadu terhadap jaringanBurnley kerana mereka percaya penjaga gol Claudio Bravo telah dikasari.

FA mempunyai peraturan media sosial dan mempersoalkan integriti pegawai perlawanan dilarang sama sekali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA