Sagna suntik semangat Pep

Sagna suntik semangat Pep

LONDON, 8 Sept – Pemain pertahanan Manchester City Barcary Sagna memberikan Pep Guardiola semangat selepas mengisytiharkan dirinya cergas bagi perlawanan menentang Manchester United Sabtu ini.

Sagna tidak beraksi dalam tiga perlawanan City yang lalu selepas mengalami kecederaan hamstring, tetapi pertahanan Perancis itu berharap untuk mendapatkan semula tempatnya dalam pasukan Guardiola bagi pertembungan Liga Perdana di Old Trafford.

Kehadiran pemain berusia 33 tahun itu meningkatkan pilihan Guardiola ketika pengurus City itu sekali lagi bertembung dengan musuh lamanya, Jose Mourinho.

“Saya merasa bagus. Saya perlu berehat kerana saya mengalami kecederaan di salah satu hamstring saya,” Sagna memberitahu City TV semalam.

“Saya memiliki musim yang panjang tahun lepas, jadi saya perlu menjaga badan saya, tetapi hari ini saya merasa hebat. Saya bersedia bagi perlawanan Sabtu ini.

Sagna (dua kiri) sudah cukup cergas dan bersedia untuk pertembungan tetangga Manchester Sabtu ini. – AFP
Sagna (dua kiri) sudah cukup cergas dan bersedia untuk pertembungan tetangga Manchester Sabtu ini. – AFP

“Saya akan memberikan maksimum dalam sesi latihan untuk merasakan cergas, kemudian pengurus mungkin akan perlu membuat beberapa pilihan.”

Sagna adalah salah seorang daripada beberapa pemain City yang akan kembali dalam pilihan hujung minggu ini, dengan kapten pasukan Vincent Kompany dan pemain midfield, llkay Gundogan dan Leroy Sane semuanya kembali berlatih sepenuhnya.

Tidak seorang pun daripada trio itu beraksi setakat ini dengan pemain baru yang ditandatangani pada pramusim, Gundogan dan Sane menunggu kemunculan mereka.

Guardiola juga perlu memutuskan sama ada untuk memberikan kemunculan penjaga gol dari Chile, Claudio Bravo berikutan perpindahannya dari Barcelona bulan lalu.

Willy Caballero adalah penjaga gol City dalam semua perlawanan tetapi satu perlawanan musim ini selepas Guardiola memutuskan untuk menggugurkan pilihan pertama sebelum ini, Joe Hart, yang menyertai Torino secara pinjaman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA