Sah pesawat Rusia terhempas akibat bom

Sah pesawat Rusia terhempas akibat bom

MOSCOW, 17 Nov (AFP) – Presiden Vladimir Putin berikrar untuk bertindak balas berikutan pengumuman yang dibuat Moscow hari ini mengesahkan bahawa pesawat Rusia yang terhempas jatuh bulan lepas adalah disebabkan oleh serangan bom, membunuh semua 224 penumpang.

Putin berikrar untuk meningkatkan kempen pengeboman Moscow di Syria sebagai tindak balas kepada serangan itu tetapi enggan menyalahkan mana-mana kumpulan, ketika agensi keselamatan negara mengumumkan ganjaran AS$50 juta (47 juta euro) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka yang bertanggungjawab.

“Ia bukan kali pertama Rusia menghadapi jenayah pengganas kejam,” Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam pertemuan dengan ketua-ketua keselamatan beliau.

“Pembunuhan rakyat kita di Sinai adalah antara jenayah paling berdarah dari segi mangsa,” katanya dalam ulasan beliau yang dikeluarkan hari ini.

Putin mempengerusikan mesyuarat mengenai hasil siasatan terhadap kemalangan pesawat Rusia A321 di Moscow semalam. – AFP
Putin mempengerusikan mesyuarat mengenai hasil siasatan terhadap kemalangan pesawat Rusia A321 di Moscow semalam. – AFP

“Kami akan mencari mereka di mana sahaja mereka mungkin disembunyikan. Kami akan mencari mereka di mana-mana bahagian dunia dan menghukum mereka,” katanya.

Ketua keselamatan Rusia Alexander Bortnikov berkata kepada Putin bahawa pesawat Rusia telah dijatuhkan oleh bom buatan sendiri yang mengandungi bahan letupan ‘pengeluaran asing’ dengan kekuatan bersamaan dengan satu kilo TNT.

“Kita boleh mengatakan tanpa ragu-ragu bahawa ini adalah serangan pengganas,” kata ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), Bortnikov.

ARTIKEL YANG SAMA